Tuesday, June 1, 2010
Roti Mokhtar
Jika singgah di pekan Slim River jangan melepaskan peluang untuk merasai roti Mokhtar.Kilang roti ini terletak berhampiran pasar besar Slim River.Pengusahanya En.Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Abang Mokhtar menyediakan roti setiap hari kecuali Jumaat adalah cuti.Semua jenis roti yang dijual rasanya sedap dan harganya yang berpatutan.Selain daripada itu cara ianya dibuat menggunakan teknik tradisional dan gabungan moden menyedapkan lagi rasa roti tersebut.Menurut beliau resipi dan cara menyediakan kesemua jenis roti adalah mengikut warisan yang telah diajar oleh arwah bapanya dahulu.Tiada sebarang bayaran dikenakan jika anda ingin merasa roti tersebut di Kilangnya.Bayaran hanya dikenakan sekiranya anda ingin membawa pulang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment