Friday, June 25, 2010
Sunday, June 13, 2010
Piala Dunia bola sepak atau lebih senang dikenali sebagai Piala Dunia adalah pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bola sepak Antarabangsa(Federation Internationale de Football Association (FIFA), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia ke-II. Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.
Fasa pertandingan akhir melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia.Dalam 17 pertandingan yang telah diadakan, hanya tujuh negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil adalah pemegang terkini, juga merupakan pasukan yang paling berjaya dalam Piala Dunia telah memenangi Piala Dunia sebanyak lima kali, diikuti Itali dengan empat dan Jerman dengan tiga.Bagi saya,pasukan yang diminati pada kali ini adalah pasukan dari Asia....
Thursday, June 10, 2010
Nasi Ambang
NASI ambang atau disebut nasi ambeng boleh dianggap antara menu masyarakat Jawa paling popular. Ia hidangan nasi mengandungi pelbagai lauk seperti ayam goreng atau masak kicap, ikan kering, sambal goreng, mi atau bihun goreng, serunding kelapa dan tempe goreng.
Makanan tradisi masyarakat Jawa yang popular di Johor ini menggambarkan suasana muhibah kerana dihidangkan dalam dulang untuk dikongsi makan oleh tiga hingga lima tetamu atau dibungkus untuk dinikmati bersama ahli keluarga.
Wednesday, June 9, 2010
Kenangan
Diwaktu Senja
Berkayak Sungai Bagan
Basecamp Tuba
Memakai Abah-abah
Dengan Mizi
Pelayaran ke Melaka
Perairan Melaka
Monday, June 7, 2010
Mandailing
Orang Mandailing merupakan sebahagian daripada masyarakat Melayu di Malaysia. Mereka berasal dari pedalaman pantai barat Sumatera dan Tapanuli Selatan di utara Sumatera, Indonesia.
Lingkungan hidup mereka meliputi gunung-ganang dengan sistem perairan dan dataran rendah persawahan. Mata pencarian mereka termasuk getah, kulitkayu manis, kopi dan melombong emas. Mereka terkenal dengan tradisi persuratan dan sembilan gendang besar yang disebut Gondang Sambilan.Meskipun Mandailing sering dikaitkan dengan Batak, namun rata-rata orang Mandailing menolak tanggapan ini.
Biasanya, orang Mandailing boleh dikenali melalui pemakaian marga pada namanya. Perkataan marga atau clan itu berasal dari bahasa Sanskrit. Varga ertinya warna. Dalam hal ini marga bermaksud kelompok atau puak orang yang berasal dari satu keturunan. Hal ini samalah sebagaimana amalan kaum-kaum lain seperti orang Arab memakai nama suku dan orangTionghoa memakai nama seh mereka.
Antara marga-marga yang biasa dikenali di Malaysia ialah Lubis, Nasution, Harahap, dan Batu Bara. Namun kini pemakaian marga pada nama orang Mandailing di Malaysia sudah semakin kurang dan hampir pupus. Hal ini disebabkan kebanyakan mereka sudah tidak begitu memahami tradisi dan asal usul keturunan atau sengaja menghilangkan identiti Mandailing kerana faktor-faktor tertentu. Faktor perkahwinan dengan wanita bukan Mandailing juga menyebabkan hilangnya penggunaan 'marga', meskipun sepatutnya anak tersebut masih berhak menggunakan nama marga mengikut bapanya.
Semangat Gotong-Royong
Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kubudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia.
Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.
Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK). Fungsinya untuk menjana kegiatan gotong-royong setempat, khususnya untuk kepentingan umum. Isu ini jika ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu perkara. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.
Friday, June 4, 2010
Warga Tua

Setiap yang muda pasti akan melalui hari tua. Kehidupan yang begitu indah akan lebih bermakna sekiranya diserikan dengan kasih sayang daripada anak-anak dan orang sekeliling. Setiap tahun pada bulan Oktober, negara kita akan menyambut hari wargatua sejajar dengan hasrat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya ikatan kekeluargaan dan nilai kasih sayang terhadap wargatua yang telah berjasa.
Wargatua adalah golongan insan yang berusaha 60 tahun ke atas. Berdasarkan perangkaan yang terkini, jumlah wargatua di Malaysia telah pun mencapai 1.1 juta orang atau pun 6 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia dan dijangka akan meningkat kepada 3.2 juta atau 11.3 peratus menjelang tahun 2020.
Sememangnya menjadi adat di dunia ini bahawa setiap insan tidak dapat melawan usia tua. Bermula dengan penglihatan yang kabur, rambut yang hitam menjadi putih, kulit yang berseri akan berkedut dan lebih daripada itu, kita tidak dapat bergerak segagah dahulu. Ditambah dengan pelbagai penyakit yang menjadi petanda bahawa kita akan kembali menemui Allah subahanua ta'ala.
Piala Malaysia
Trofi Piala Malaysia
Piala Malaysia merupakan satu kejohanan bola sepak yang berprestij di Malaysia dan antara kejohanan yang tertua di rantau Asia. Ia dipertandingkan pada setiap tahun mengikut format yang ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan perlawanan akhir Piala Malaysia akan menutup tirai musim tahunan bola sepak negara. Piala Malaysia bermula pada tahun 1921 pada ketika itu Piala Malaya yang merupakan kejohanan bola sepak antara negeri-negeri yang membentuk Tanah Melayu. Kini setelah hampir mencecah 90 tahun, Piala Malaysia masih lagi menjadi rebutan pasukan-pasukan bola sepak tanah air.
Tanjong Malim
Hentian Rehat dan Rawat Hulu Bernam
Rojak Mamak Bandar Behrang 2020
Nasi Lemak Kedai Mizi
Sekiranya melalui jalan lama dari Tanjong Malim menuju ke Slim River dipertengahan jalan anda bolehlah singgah sebentar di Pekan Slim Village.Di waktu petang terdapat sebuah kedai makan bersebelahan jalan sebelum melepasi Masjid Slim Village yang dikenali sebagai Kedai Mizi.Masakan disini juga agak sedap dengan harganya yang berpatutan dengan nasi lemak panas menjadi satu tarikan di kedai ini.Bagi peminat pasar malam ianya diadakan setiap seminggu iaitu di Slim River pada hari Khamis malam Jumaat dan di Tanjong Malim pada hari Sabtu malam Ahad.Segala jenis makanan,minuman,sayur-sayuran,ikan,ayam dan sebagainya boleh didapati di pasar malam ini.Bagi anda yang kelaparan diwaktu malam lokasi menarik untuk dikunjungi ialah di kawasan rehat dan rawat Hentian Hulu Bernam dan disini kedai bernama Zul Katib menjadi pilihan untuk masakan panas yang ringkas seperti nasi lemak,mee kari,bihun goreng dan bermacam-macam lagi."Jom Jalan-jalan Cari Makan!".
Gerek
Basikal ialah sejenis kenderaan berkuasa manusia yang mempunyai dua roda yang dipasang ke rangka. Diperkenalkan buat pertama kali di Eropah pada abad ke-19, basikal telah berkembang dengan begitu pantas menjadi reka bentuk biasa pada hari ini. Berjumlah melebihi 1,000,000,000 di seluruh dunia pada hari ini, basikal memberikan satu cara pengangkutan yang utama di banyak kawasan serta sebagai bentuk pengangkutan rekreasi yang popular di kawasan yang lain.
Basikal ialah salah satu daripada rekaan manusia yang ketara. Bentuk dan tatarajah asas bagi rangka, roda, pengayuh, tempat duduk, dan hendal tidak banyak bertukar sejak model pemacu rantai pertama diperkembangkan di sekitar 1885, walaupun banyak perbaikan perincian yang penting telah dibuat, khususnya kebelakangan ini, dengan menggunakan bahan-bahan moden dan reka bentuk terbantu komputer (CAD).
Basikal telah memberikan kesan yang penting terhadap sejarah dalam alam budaya dan perindustrian. Pada tahun-tahun yang awal, pembinaan basikal mempergunakan teknologi yang sedia ada pada masa kini, teknologi basikal sebaliknya telah menyumbang kepada bidang-bidang yang lebih baru.
Selain daripada rekreasi dan pengangkutan, basikal telah disesuaikan untuk digunakan dalam banyak pekerjaan, termasuklah tentera, polis tempatan, perkhidmatan kiriman cepat dan sukan. Tema yang berulang-ulang dalam menunggang basikal ialah perasaan cemas antara penunggang basikal dan pemandu kereta, dengan setiap kumpulan menuntut bahagian yang adil untuk jalan raya didunia.
Wednesday, June 2, 2010
Kuala Tembeling
Kampung Kuala Tembeling merupakan pintu masuk ke Taman Negara melalui bot sejak akhir tahun 1960an,mengambil alih peranan Kuala Lipis yang mana dapat menyingkatkan masa perjalanan.Penempatan ini dibangunkan sejak zaman dahulu lagi dan merupakan perhentian penting bagi laluan sungai yang menghubungkan Kelantan dan Perak melalui Sungai Jelai dan Terengganu melalui Sungai Tembeling.Sejarah pada zaman Inggeris mencatatkan berlaku pertempuran di antara pahlawan Melayu Dato' Bahaman serta Mat Kilau dan Awang Nong dengan penjajah Inggeris berhampiran Kuala Tembeling di Jeram Cangkung (Sungai Jelai) pada 7 September 1892,Pasir Tambang pada 13 Jun 1894 dan Jeram Ampai (Sungai Tembeling) pada 14 Jun 1894.Sehingga kini masih terdapat kubur yang dipercayai seorang pegawai Inggeris di sebuah bukit di Pasir Tambang.
Barang Lama

Apapun barang yang lama jangan disangka ianya tidak berguna,kalau diberikan sedikit sentuhan terhadapnya pasti menjadi satu aset yang mendatangkan pulangan lumayan terhadap pemilik dan penggemarnya.
Subscribe to:
Comments (Atom)































