Friday, June 4, 2010

Warga Tua





Setiap yang muda pasti akan melalui hari tua. Kehidupan yang begitu indah akan lebih bermakna sekiranya diserikan dengan kasih sayang daripada anak-anak dan orang sekeliling. Setiap tahun pada bulan Oktober, negara kita akan menyambut hari wargatua sejajar dengan hasrat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya ikatan kekeluargaan dan nilai kasih sayang terhadap wargatua yang telah berjasa.

Wargatua adalah golongan insan yang berusaha 60 tahun ke atas. Berdasarkan perangkaan yang terkini, jumlah wargatua di Malaysia telah pun mencapai 1.1 juta orang atau pun 6 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia dan dijangka akan meningkat kepada 3.2 juta atau 11.3 peratus menjelang tahun 2020.

Sememangnya menjadi adat di dunia ini bahawa setiap insan tidak dapat melawan usia tua. Bermula dengan penglihatan yang kabur, rambut yang hitam menjadi putih, kulit yang berseri akan berkedut dan lebih daripada itu, kita tidak dapat bergerak segagah dahulu. Ditambah dengan pelbagai penyakit yang menjadi petanda bahawa kita akan kembali menemui Allah subahanua ta'ala.


No comments:

Post a Comment