Wednesday, June 2, 2010

Kuala Tembeling




Terkenal sebagai pintu masuk ke Taman Negara dan ianya terkenal sebagai destinasi utama eko-pelancongan di Negeri Pahang.Ianya menawarkan hutan hujan tropika yang tertua di dunia dianggarkan berusia 150 juta tahun dan diwartakan sebagai kawasan perlindungan habitat pada tahun 1925 dengan nama "Gunung Tahan Game Reserve".Pada tahun 1939 keluasannya ditambah kepada 4,343km persegi dengan meliputi sebahagian negeri Terengganu dan Kelantan dan dinamakan sebagai "King George V National Park" yang kemudiannya dikenali sebagai Taman Negara selepas kemerdekaan Melayu.





Kampung Kuala Tembeling merupakan pintu masuk ke Taman Negara melalui bot sejak akhir tahun 1960an,mengambil alih peranan Kuala Lipis yang mana dapat menyingkatkan masa perjalanan.Penempatan ini dibangunkan sejak zaman dahulu lagi dan merupakan perhentian penting bagi laluan sungai yang menghubungkan Kelantan dan Perak melalui Sungai Jelai dan Terengganu melalui Sungai Tembeling.Sejarah pada zaman Inggeris mencatatkan berlaku pertempuran di antara pahlawan Melayu Dato' Bahaman serta Mat Kilau dan Awang Nong dengan penjajah Inggeris berhampiran Kuala Tembeling di Jeram Cangkung (Sungai Jelai) pada 7 September 1892,Pasir Tambang pada 13 Jun 1894 dan Jeram Ampai (Sungai Tembeling) pada 14 Jun 1894.Sehingga kini masih terdapat kubur yang dipercayai seorang pegawai Inggeris di sebuah bukit di Pasir Tambang.

No comments:

Post a Comment