Monday, May 31, 2010
Made in Pakistan
Sudah lama teringin hendak belajar memasak capati.Tetapi susah hendak mencari guru yang betul-betul pandai dalam memasak menu ini.Mujurlah baru-baru ini ada seorang kawan warga Pakistan yang menetap sementara dikampung yang sama (Sungai Bill).Aziz seorang tukang rumah di Pakistan berhijrah ke Malaysia sudah hampir 14 tahun dan bekerja sebagai penoreh getah.Namun bila tiba musim hujan Aziz tidak dapat menoreh dan dikesempatan ini saya gunakan untuk belajar membuat Capati.Tidaklah sesusah mana hendak membuatnya seperti yang difikirkan selama ini.Barang-barang yang diperlukan hanyalah tepung gandum dan atar,garam,air dan minyak digaul dengan sebati kemudian diperap selama 1 jam sebelum dijadikan capati.Siap dimasak capati dimakan bersama sambal sardin yang disediakan khas mengikut menu seperti di Pakistan.Rasa capati yang lembut dan sambalnya yang enak memang memenuhi citarasa sebenar penggemar capati seperti saya.
Air Panas Ulu Slim
Kepanasan airnya melebihi 104 darjah selsius,air panas Ulu Slim terletak lebih kurang 25km dari pekan Tanjong Malim dan 20km dari pekan Slim River.Jika datang kesini pastikan anda membawa telur yang masih belum dimasak ataupun kerang.Jangan ketinggalan untuk merasai telur ataupun kerang yang dimasak menggunakan air panas tersebut.Hanya celup didalamnya beberapa minit sahaja akan masak.Sedap dimakan begitu sahaja mahupun dicecah dengan sos!Awas!!!!!Air terlampau panas..
Wednesday, May 26, 2010
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur dibina pada tahun 1857 di Kuala Sungai Gombak dan Klang.Dalam Bahasa Melayu,maksud namanya adalah "Kuala Berlumpur".Terkenal dengan kawasan perlombongan biji timah dan juga dibangunkan oleh Yap Ah Loy.Pada tahun 1957 Kuala Lumpur menjadi ibu negara Persekutuan Tanah Melayu.
Setelah itu Kuala Lumpur telah dipisahkan dari Selangor pada 1 February 1972 dan ianya dikenali sebagai Wilayah Persekutuan.Kini 2010,Kuala Lumpur dikelilingi bangunan-bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar Petronas,Menara Telekom,Bangunan Tabung Haji dan bermacam-macam lagi."Saya bangga menjadi anak MALAYSIA".
Setelah itu Kuala Lumpur telah dipisahkan dari Selangor pada 1 February 1972 dan ianya dikenali sebagai Wilayah Persekutuan.Kini 2010,Kuala Lumpur dikelilingi bangunan-bangunan pencakar langit seperti Menara Berkembar Petronas,Menara Telekom,Bangunan Tabung Haji dan bermacam-macam lagi."Saya bangga menjadi anak MALAYSIA".
Asli Sudah Maju
Dahulu dindingnya buluh,atapnya nipah,tiangnya kayu dan juga buluh.Kini dindingnya batu atapnya genting.Sebut sahaja perkampungan orang asli tidak lepas dari fikiran becak,kotor,geli,loya dan bermacam-macam lagi.2010 Orang asli sudah maju,bekalan elektrik dan air sudah dapat digunakan.Jalan berturap,lampu jalan dan telefon tidak ketinggalan.Orang asli kini sudah pandai berinternet,tidak seperti tahun 1960an yang hanya tahu menyumpit,menangkap katak,memburu dan aktiviti tradisional mereka yang lain.Dahulunya hanya mengasah bakat bernyanyi di rumah,di bawah rumah dan kadangkala di sungai dan kini sudah pandai menggunakan perkhidmatan studio musik yang boleh didapati di pekan yang berhampiran.Apapun yang berlaku orang asli kini tidak ketinggalan dan dipinggirkan oleh kerajaan selari dengan arus kemodenan di bumi Malaysia.
Tuesday, May 25, 2010
Selesa
Jika diberikan pilihan diantara Levis,Lee,Riders,Mustang dan sebagainya,saya lebih berminat memiliki dan menggunakan produk berjenama Louis.Ini kerana harganya yang tidak begitu mahal dan berpatutan disamping ianya sangat selesa dipakai.Kini,seluar jeans yang telah dibeli hampir 3 tahun masih tidak pudar warnanya dan selesa dipakai.
Pasar Chow Kit
Pening memikirkan tempat untuk mencari sayur-sayuran,ayam,ikan,daging,ulam-ulaman yang segar?Mudah sahaja,Jom ke Pasar Chow Kit!!
Superbike
Harganya yang agak mahal,dinaiki hanya 2 orang sahaja,kelajuan yang maksima,jentera yang bagus untuk dipandu.Minat sedari kecil sehingga kini,namun adakah impian ku ini akan tercapai?
Seronok Berkayak
Barang-barang semua sudah lama tersedia,lengkap dengan "first aid beg",makanan,pakaian dan pelbagai lagi didalamnya.Jam menunjukkan hampir 9 pagi dan kelihatan van sudah pun tersedia untuk membawa saya dan teman ke Sungai Kisap.Cuaca yang baik di pagi hari mengghairahkan lagi kami untuk memulakan latihan pada hari tersebut.
Latihan kayak hari ke 3 untuk kumpulan L akan bermula sebentar sahaja lagi.Tiba di lokasi barang-barang diturunkan dan semua membuat persiapan yang telah dirancang dengan lancar.Siap semuanya kami mula memanaskan badan dengan regangan bagi menyiapkan diri untuk berkayak sebentar lagi.
Posisi diambil dan masing-masing bersiap sedia untuk mendayung.Doa dibaca dan kayak menyusur tidak lama kemudian setelah doa selamat disempurnakan.Lokasi kami ke hulu sungai Kisap.Buat pengetahuan anda semua sungai Kisap adalah sungai yang bertembung dengan laut dan airnya agak masin dan payau.Kawasan sekeliling diliputi hutan paya bakau sangat mengasyikkan melihat pemandangan yang menghijau disertakan dengan kicauan burung-burung yang hinggap dan berterbangan disekitar kawasan itu.
Latihan dimulakan sehingga ke petang dan masing-masing menyukainya.Cuaca tiba-tiba mendung dan bertukar menjadi hujan dan petir.Tanpa melengahkan masa kami semua terus pulang ke lokasi awal semasa tiba di pagi tadi.Ketika sedang khusyuk membersihkan kayak dan mengemaskan barang-barang kami didatangi seorang Pak Cik nelayan.Beliau mengatakan yang kami semua sangat berani menjalankan aktiviti latihan dikawasan itu.Ini kerana tempat tersebut adalah sarang buaya selama ini.Terkejut dengan perbualan itu kami semua pulang dengan fikiran yang agak ketakutan.Mujurlah hari tersebut adalah hari terakhir latihan dan selama 3 hari disana tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.Syukur Alhamdulillah....
Sungai Bill
Sekiranya sesat di Tanjong Malim,silalah datang ke kawasan perkelahan Kampung Sungai Bill yang terletak hanya 17km dari pekan Tanjong Malim dan 14km dari pekan Slim River.Kawasan ini terletak di pertengahan jalan lama diantara Slim River dan Tanjong Malim.Air sungai yang jernih,sejuk dan masih tidak tercemar menjadikan satu tarikan besar buat kampung ini.Selain daripada itu ianya menjadi habitat bagi spesis ikan seperti Tengas,Sebarau,Selimang,Lelan,Selais,Limbat,Baung dan sebagainya.Diwaktu cuti persekolahan dan hujung minggu kawasan ini dipenuhi pengunjung-pengunjung tempatan dan juga luar daerah.Majoriti penduduk dikampung ini adalah berketurunan Maindailing dan masakan tradisional seperti gulai pucuk ubi tumbuk,gulai daging salai,sambal petai,ikan masin dan berbagai lagi adalah menu juadah yang kebiasaanya dihidangkan untuk keluarga mahupun tetamu yang datang bertandang ke rumah.Bagi yang berminat untuk datang ke sini dipersilakan buat anda semua.
2006
4 tahun lalu saya pernah bertugas di Pulau Langkawi sebagai jurulatih rekreasi luar di sebuah anak syarikat Halim Mazmin Berhad iaitu Wilderness Centre Langkawi.Sepanjang tempoh tersebut saya di tugaskan untuk melatih anak-anak muda yang terdiri dari pelajar sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia.Diantaranya pelajar tingkatan 2 dan 4 manakala yang lainnya dari Bahagian Pendidikan Guru,Kementerian Belia dan Sukan,Kementerian Pertahanan,Sekolah-sekolah antarabangsa dan juga syarikat-syarikat ternama Malaysia.Pulau Tuba,Tanah besar Langkawi,Lumut,Perairan Selat Melaka,Laut China Selatan,Singapore Street adalah antara tempat-tempat yang telah saya lawati semasa berkhidmat disini.Kegawatan ekonomi pada penghujung tahun 2008 telah menyebabkan syarikat mengambil keputusan untuk mengurangkan tenaga pekerjanya.saya masih bernasib baik kerana diberi peluang untuk berkhidmat di sekolah penerbangan Halim Mazmin yang terletak di Padang Matsirat sebagai jurulatih kecergasan untuk kadet-kadet penerbangan di sana.Setelah 3 bulan berada di sekolah penerbangan tersebut saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan kembali pulang ke kampung halaman di Tanjong Malim Perak.Sepanjang bertugas di Langkawi banyak kenangan pahit mahupun manis yang tidak dapat dilupakan.Terima kasih buat kenalan dan kawan-kawan yang mengenali saya selama berkhidmat di Langkawi dan dimana juga anda berada.
Terima Kasih
Dari kecil lagi dididik menggunakannya ketika mandi.Sehingga sekarang masih menggunakannya.Tanpanya seperti hidup tidak selesa.Bila digunakan terasa selesa dan sungguh menyenangkan.Terima Kasih Dettol peneman setia dari dulu hingga kini.
Keliru
21.05.2010,Jam 7.15 pagi saya telah berada di Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menghadiri temuduga ujian fizikal dan pancaindera S27 Penolong Pegawai Belia dan Sukan.Temuduga yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.00 pagi menyebabkan saya terpaksa keluar awal untuk ke lokasi tersebut.Hampir jam 8.00 pagi fikiran saya runsing memikirkan panel penemuduga masih belum kelihatan.Malah peserta yang sepatutnya menghadiri temuduga juga tidak kelihatan.Dengan memberanikan diri saya terus bertanya kepada seorang kakitangan JBSWPKL tersebut.Jawapan yang memeranjatkan,pusat temuduga tersebut terletak di Bukit Kiara.Bergegas saya terus ke lokasi tersebut.Lewat satu jam saya telah tiba di lokasi dan Alhamdulillah panel penemuduga masih dapat menerima saya untuk mengikuti temuduga tersebut.Apapun,SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) sepatutnya peka dengan tempat ataupun lokasi temuduga dijalankan.Alamat yang tercatat didalam surat panggilan temuduga SPA juga sepatutnya tidak mengelirukan.Tiada sebarang perbezaan alamat diantara kedua-dua tempat tersebut.Kepada rakan-rakan yang dipanggil untuk temuduga di tempat yang sama,pastikan anda tidak keliru.
Thursday, May 20, 2010
Cendol Lumut
Sekiranya sampai di Lumut,jangan ketinggalan untuk merasai cendol yang dijual seorang lelaki dengan menaiki basikal.Kebiasaannya beliau hanya berniaga dikawasan berhampiran jeti Lumut.Sambil duduk dikerusi menghirup sesudu cendol yang sejuk dapat membasahi tekak dan menghilangkan letih perjalanan yang dilalui.
1 Jam Perjalanan
Ketika bekerja di Langkawi saya kerap melancong ke Satun Thailand.Dengan tambang yang agak berpatutan hanya RM30.00 sehala menaiki feri selama 1 jam anda selamat tiba di jeti Tammalang.Satun hanyalah sebuah pekan kecil dijana sumber ekonomi hasil laut dan perniagaan kecil-kecilan.Dengan menaiki motor dari jeti ke pekan satun mengambil masa hanya 15 minit sahaja tanpa memakai topi keselamatan.Masakan melayu Islam senang didapati di kawasan ini.Sekiranya anda becadang untuk ke sini usah kuatir memikirkan hal makanan halal.
Penantian Selama 6 Tahun
Grad 2004, Universiti Teknologi Mara,Shah Alam, Jurusan Diploma Kesihatan dan Kecergasan SR114. Permohonan SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) tidak pernah sekali dilupakan.Setiap tahun permohonan akan diperbaharui,namun tiada panggilan temuduga yang diterima.2010 bulan 5 baru menerima panggilan temuduga untuk jawatan S27 Penolong Pegawai Belia dan Sukan.Esok,bertempat di Jabatan Belia dan Sukan Kuala Lumpur akan diadakan temuduga ujian Fizikal dan Pancaindera sebelum lulus untuk tapisan temuduga seterusnya.Cuba sebaik mungkin untuk ke "stage" seterusnya.Andai gagal di kali ini,cuba lagi dilain kali.
Menaruh Harapan
Sewaktu kecil saya gemar mendengar lagu nyanyian penyanyi ini dengan tajuk "Menaruh Harapan".Tapi sayangnya penyanyi tersebut terpaksa menamatkan kariernya sebagai penyanyi sepenuh masa kerana terlibat dengan sebuah kemalangan di Bantang Kali Selangor.Kemalangan yang mengorbankan anak penyanyi ini telah mengakibatkan emosinya terganggu.Zaiton Sameon kini dijemput ke majlis kenduri kahwin untuk mendendangkan lagu buat tetamu yang hadir.Sebulan lepas saya sempat bergambar bersamanya ketika menghadiri satu majlis perkahwinan saudara di Johor Bharu.Walaupun sudah agak sedikit berumur namun suaranya masih enak didengari seperti dahulu.Teruskan perjuangan mu!
Kucai

2007, Saya mengenali seorang chef yang berasal dari Taiping Perak.Kucai atau nama sebenarnya Mohd Qusyairi Chef disebuah kapal milik Halim Mazmin Berhad iaitu STS PUTERI MAHSURI seorang yang peramah dan juga penyabar.Sepanjang perkenalan Kucai tidak banyak karenah dan menyakiti hati kawan-kawan.Pandai memasak semua hidangan terutamanya masakan barat mahu pun ala-cart dan juga masakan tradisional rakyat Malaysia.Kini Kucai terbang jauh ke negara asing iaitu Dubai untuk meneruskan bidang pekerjaannya disebuah Hotel terkemuka di Dubai.Selamat berjaya dan jumpa lagi.
Bandar Tasek Selatan
Kemudahan sekeliling yang membanggakan seperti Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil,Hentian Bas Ke 2 atau pun Pudu Raya yang ke 2 Hampir siap dan akan dirasmikan tidak lama lagi,Stadium bolasepak,badminton,kolam renang,gymnasium,veledrom terletak di Cheras Bandar Tun Razak,HUKM (Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia),Kem Tentera Sungai Besi,Stesen LRT,Tasek Permaisuri,Pusat Belia Antarabangsa IYC dan sebagainya..Maka tidak hairanlah harga tanah dan rumah dikawasan ini akan melambung lebih tinggi di suatu hari nanti.Teringat seketika Lagu yang berjudul "Bandar Tasek Selatan".
Subscribe to:
Comments (Atom)






