pemandangan senja di tengah lautan
Suasana ditengahari
Juadah Minum petang
Berehat
Mengemas Galley
Posing di waktu malam
Captain Keith Harris
Dodi Wiropraja
Perlayaran Sultan Selangor
4 tahun lalu saya pernah melalui pengalaman sebagai seorang pelaut.Hidup di atas air jauh lebih berbeza dengan didarat.Walau panas dek pancaran mentari namun perasaan tetap gembira dan tenang sentiasa bila dibuai ombak dan ditiup angin.Setiap malam menghirup nescafe dan teh panas sambil berbual dengan rakan ditemani angin malam sebelum masuk beradu.Keesokan harinya menyambung semula kerja yang masih belum disiapkan pada hari sebelumnya dan begitulah hari-hari mendatang.Makanan yang disajikan 6 kali sehari oleh Chef memang sedap dan berkhasiat setiap masa.Banyak tempat istimewa dan cantik telah saya lawati sepanjang menceburi kerjaya ini.Kawan bukan sahaja dari Malaysia,tetapi ada yang dari Indonesia,Mynmar,India,United Kingdom,USA,Australia,New Zealand,Filipina dan sebagainya.Pengalaman dilalui banyak mematangkan fikiran mengajar erti baik dan buruk sesuatu perkara.Sempat juga mempelajari budaya dan cara hidup masayarakat negara lain selain Malaysia.Apapun yang dilalui sepanjang kerjaya ini pastikan diri kita sentiasa berbuat baik dan tanamkan sifat bertolak ansur,ramah,pemurah,jujur dan sebagainya didalam diri agar ramai menyukai kita setiap masa dan ketika.
Mesti ko rasa rindu nak balik semula saat atas kapal kan?
ReplyDeleteha'a
ReplyDelete