Friday, June 25, 2010

Sunday, June 13, 2010

Piala Dunia bola sepak atau lebih senang dikenali sebagai Piala Dunia adalah pertandingan yang paling penting dalam bola sepak antarabangsa. Ia dianjurkan oleh Persekutuan Bola sepak Antarabangsa(Federation Internationale de Football Association (FIFA), organisasi yang mentadbir sukan berkenaan dan ia dipertandingkan oleh pasukan-pasukan bola sepak kebangsaan lelaki dari kalangan negara-negara ahli FIFA. Kejohanan ini diadakan setiap empat tahun sejak 1930 kecuali dalam tahun 1942 dan 1946 disebabkan oleh Perang Dunia ke-II. Walau bagaimanapun, ia lebih merupakan acara yang sentiasa berjalan kerana pertandingan kelayakan mengambil masa tiga tahun di antara pusingan-pusingan akhir.
Fasa pertandingan akhir melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding selama empat minggu di negara tuan rumah yang dicalonkan, yang mana pertandingan ini merupakan pertandingan yang paling ramai penontonnya di dunia.Dalam 17 pertandingan yang telah diadakan, hanya tujuh negara sahaja yang pernah memenangi pusingan akhir Piala Dunia iaitu Brazil adalah pemegang terkini, juga merupakan pasukan yang paling berjaya dalam Piala Dunia telah memenangi Piala Dunia sebanyak lima kali, diikuti Itali dengan empat dan Jerman dengan tiga.Bagi saya,pasukan yang diminati pada kali ini adalah pasukan dari Asia....

Thursday, June 10, 2010

Nasi Ambang





NASI ambang atau disebut nasi ambeng boleh dianggap antara menu masyarakat Jawa paling popular. Ia hidangan nasi mengandungi pelbagai lauk seperti ayam goreng atau masak kicap, ikan kering, sambal goreng, mi atau bihun goreng, serunding kelapa dan tempe goreng.
Makanan tradisi masyarakat Jawa yang popular di Johor ini menggambarkan suasana muhibah kerana dihidangkan dalam dulang untuk dikongsi makan oleh tiga hingga lima tetamu atau dibungkus untuk dinikmati bersama ahli keluarga.

Wednesday, June 9, 2010

Kenangan

Diwaktu Senja

Berkayak Sungai Bagan

Basecamp Tuba

Memakai Abah-abah

Dengan Mizi

Pelayaran ke Melaka


Perairan Melaka

Monday, June 7, 2010

Mandailing


Orang Mandailing merupakan sebahagian daripada masyarakat Melayu di Malaysia. Mereka berasal dari pedalaman pantai barat Sumatera dan Tapanuli Selatan di utara Sumatera, Indonesia.
Lingkungan hidup mereka meliputi gunung-ganang dengan sistem perairan dan dataran rendah persawahan. Mata pencarian mereka termasuk getah, kulitkayu maniskopi dan melombong emas. Mereka terkenal dengan tradisi persuratan dan sembilan gendang besar yang disebut Gondang Sambilan.Meskipun Mandailing sering dikaitkan dengan Batak, namun rata-rata orang Mandailing menolak tanggapan ini.



Biasanya, orang Mandailing boleh dikenali melalui pemakaian marga pada namanya. Perkataan marga atau clan itu berasal dari bahasa Sanskrit. Varga ertinya warna. Dalam hal ini marga bermaksud kelompok atau puak orang yang berasal dari satu keturunan. Hal ini samalah sebagaimana amalan kaum-kaum lain seperti orang Arab memakai nama suku dan orangTionghoa memakai nama seh mereka.
Antara marga-marga yang biasa dikenali di Malaysia ialah Lubis, Nasution, Harahap, dan Batu Bara. Namun kini pemakaian marga pada nama orang Mandailing di Malaysia sudah semakin kurang dan hampir pupus. Hal ini disebabkan kebanyakan mereka sudah tidak begitu memahami tradisi dan asal usul keturunan atau sengaja menghilangkan identiti Mandailing kerana faktor-faktor tertentu. Faktor perkahwinan dengan wanita bukan Mandailing juga menyebabkan hilangnya penggunaan 'marga', meskipun sepatutnya anak tersebut masih berhak menggunakan nama marga mengikut bapanya.


Semangat Gotong-Royong





Sejak dari dulu lagi, khususnya masyarakat Melayu, gotong-royong diamalkan sebagai sebahagian daripada cara hidup atau adat resam mereka. Kini, selepas kemerdekaan atau lebih tepat lagi, selepas pengwujudan Dasar Kubudayaan Kebangsaan pada tahun 1973, gotong-royong telah dimartabatkan sebagai salah satu nilai sosioekonomi kebangsaan dalam usaha pembentukan bangsa Malaysia.


Perpaduan antara masyarakat harus kukuh untuk negara pergi lebih jauh dalam lapangan dunia moden. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu aktiviti yang berguna untuk merapatkan persefahaman antara kaum itu, dan tidak dapat dinafikan bahawa gotong-royong mampu membentuk masyarakat yang kondusif. Melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasama membersihkan taman permainan, longkang, mahupun rumah ibadat, akan wujud rasa kekitaan yang tulen. Gotong-royong merapatkan ahli masyarakat kepada nilai-nilai murni yang suci, yang tidak ditemui di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, rasa prihatin, dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara lebih ke depan dalam era globalisasi ini. Ini berdasarkan kesan positif gotong-royong yang sebenarnya membantu menangani gejala-gejala buruk dalam masyarakat seperti penagihan dadah dan kecurian, lebih-lebih lagi gotong-royong melibatkan penglibatan menyeluruh ahli masyarakat.


Bak kata pepatah Melayu; “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjadi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan bersama-sama. Itulah prinsip gotong-royong. Pihak kerajaan telah menetapkan bahawa setiap penempatan warganegara di Malaysia mempunyai satu jawatankuasa khas iaitu Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK). Fungsinya untuk menjana kegiatan gotong-royong setempat, khususnya untuk kepentingan umum. Isu ini jika ditelusuri secara mendalam, banyak wang, masa, dan tenaga telah dijimatkan kerana ahli masyarakat akan bekerjasama mencapai sesuatu perkara. Contohnya, jika sesuatu tempat itu menjadi kotor kerana sampah, mereka akan bekerjasama membersihkannya dan tidak perlu membuang masa dan wang mengupah orang lain membersihkan atau terpaksa menanggung belanja perubatan kerana sakit akibat kesan jangka panjang daripada gundukan sampah yang tidak sempurna diuruskan itu. Tidak kiralah sama ada menyumbangkan derma atau tenaga untuk gotong-royong, kesan gotong-royong kepada masyarakat seluruhnya cukup bermakna baik untuk pembangunan material masyarakat mahupun pembangunan insan.

Friday, June 4, 2010

Warga Tua





Setiap yang muda pasti akan melalui hari tua. Kehidupan yang begitu indah akan lebih bermakna sekiranya diserikan dengan kasih sayang daripada anak-anak dan orang sekeliling. Setiap tahun pada bulan Oktober, negara kita akan menyambut hari wargatua sejajar dengan hasrat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya ikatan kekeluargaan dan nilai kasih sayang terhadap wargatua yang telah berjasa.

Wargatua adalah golongan insan yang berusaha 60 tahun ke atas. Berdasarkan perangkaan yang terkini, jumlah wargatua di Malaysia telah pun mencapai 1.1 juta orang atau pun 6 peratus daripada jumlah rakyat Malaysia dan dijangka akan meningkat kepada 3.2 juta atau 11.3 peratus menjelang tahun 2020.

Sememangnya menjadi adat di dunia ini bahawa setiap insan tidak dapat melawan usia tua. Bermula dengan penglihatan yang kabur, rambut yang hitam menjadi putih, kulit yang berseri akan berkedut dan lebih daripada itu, kita tidak dapat bergerak segagah dahulu. Ditambah dengan pelbagai penyakit yang menjadi petanda bahawa kita akan kembali menemui Allah subahanua ta'ala.