Monday, June 7, 2010

Mandailing


Orang Mandailing merupakan sebahagian daripada masyarakat Melayu di Malaysia. Mereka berasal dari pedalaman pantai barat Sumatera dan Tapanuli Selatan di utara Sumatera, Indonesia.
Lingkungan hidup mereka meliputi gunung-ganang dengan sistem perairan dan dataran rendah persawahan. Mata pencarian mereka termasuk getah, kulitkayu maniskopi dan melombong emas. Mereka terkenal dengan tradisi persuratan dan sembilan gendang besar yang disebut Gondang Sambilan.Meskipun Mandailing sering dikaitkan dengan Batak, namun rata-rata orang Mandailing menolak tanggapan ini.



Biasanya, orang Mandailing boleh dikenali melalui pemakaian marga pada namanya. Perkataan marga atau clan itu berasal dari bahasa Sanskrit. Varga ertinya warna. Dalam hal ini marga bermaksud kelompok atau puak orang yang berasal dari satu keturunan. Hal ini samalah sebagaimana amalan kaum-kaum lain seperti orang Arab memakai nama suku dan orangTionghoa memakai nama seh mereka.
Antara marga-marga yang biasa dikenali di Malaysia ialah Lubis, Nasution, Harahap, dan Batu Bara. Namun kini pemakaian marga pada nama orang Mandailing di Malaysia sudah semakin kurang dan hampir pupus. Hal ini disebabkan kebanyakan mereka sudah tidak begitu memahami tradisi dan asal usul keturunan atau sengaja menghilangkan identiti Mandailing kerana faktor-faktor tertentu. Faktor perkahwinan dengan wanita bukan Mandailing juga menyebabkan hilangnya penggunaan 'marga', meskipun sepatutnya anak tersebut masih berhak menggunakan nama marga mengikut bapanya.


No comments:

Post a Comment