Tuesday, May 25, 2010
Seronok Berkayak
Barang-barang semua sudah lama tersedia,lengkap dengan "first aid beg",makanan,pakaian dan pelbagai lagi didalamnya.Jam menunjukkan hampir 9 pagi dan kelihatan van sudah pun tersedia untuk membawa saya dan teman ke Sungai Kisap.Cuaca yang baik di pagi hari mengghairahkan lagi kami untuk memulakan latihan pada hari tersebut.
Latihan kayak hari ke 3 untuk kumpulan L akan bermula sebentar sahaja lagi.Tiba di lokasi barang-barang diturunkan dan semua membuat persiapan yang telah dirancang dengan lancar.Siap semuanya kami mula memanaskan badan dengan regangan bagi menyiapkan diri untuk berkayak sebentar lagi.
Posisi diambil dan masing-masing bersiap sedia untuk mendayung.Doa dibaca dan kayak menyusur tidak lama kemudian setelah doa selamat disempurnakan.Lokasi kami ke hulu sungai Kisap.Buat pengetahuan anda semua sungai Kisap adalah sungai yang bertembung dengan laut dan airnya agak masin dan payau.Kawasan sekeliling diliputi hutan paya bakau sangat mengasyikkan melihat pemandangan yang menghijau disertakan dengan kicauan burung-burung yang hinggap dan berterbangan disekitar kawasan itu.
Latihan dimulakan sehingga ke petang dan masing-masing menyukainya.Cuaca tiba-tiba mendung dan bertukar menjadi hujan dan petir.Tanpa melengahkan masa kami semua terus pulang ke lokasi awal semasa tiba di pagi tadi.Ketika sedang khusyuk membersihkan kayak dan mengemaskan barang-barang kami didatangi seorang Pak Cik nelayan.Beliau mengatakan yang kami semua sangat berani menjalankan aktiviti latihan dikawasan itu.Ini kerana tempat tersebut adalah sarang buaya selama ini.Terkejut dengan perbualan itu kami semua pulang dengan fikiran yang agak ketakutan.Mujurlah hari tersebut adalah hari terakhir latihan dan selama 3 hari disana tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.Syukur Alhamdulillah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment