Tuesday, May 25, 2010

Keliru

21.05.2010,Jam 7.15 pagi saya telah berada di Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menghadiri temuduga ujian fizikal dan pancaindera S27 Penolong Pegawai Belia dan Sukan.Temuduga yang dijadualkan berlangsung pada jam 8.00 pagi menyebabkan saya terpaksa keluar awal untuk ke lokasi tersebut.Hampir jam 8.00 pagi fikiran saya runsing memikirkan panel penemuduga masih belum kelihatan.Malah peserta yang sepatutnya menghadiri temuduga juga tidak kelihatan.Dengan memberanikan diri saya terus bertanya kepada seorang kakitangan JBSWPKL tersebut.Jawapan yang memeranjatkan,pusat temuduga tersebut terletak di Bukit Kiara.Bergegas saya terus ke lokasi tersebut.Lewat satu jam saya telah tiba di lokasi dan Alhamdulillah panel penemuduga masih dapat menerima saya untuk mengikuti temuduga tersebut.Apapun,SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam) sepatutnya peka dengan tempat ataupun lokasi temuduga dijalankan.Alamat yang tercatat didalam surat panggilan temuduga SPA juga sepatutnya tidak mengelirukan.Tiada sebarang perbezaan alamat diantara kedua-dua tempat tersebut.Kepada rakan-rakan yang dipanggil untuk temuduga di tempat yang sama,pastikan anda tidak keliru.

2 comments:

  1. Masya Allah,kamu salah tempat ke..rezeki kamu tu diorang masih terima lagi.SPA patut jelas pasal isu ni,candidates pun kene double check jugak.

    ReplyDelete
  2. aku dah check ngan kawan2 jgak,tapi semua kasitahu kat yg tempat 1st aku pegi tu..check googgle pun kat situ jgak tunjuknye..

    ReplyDelete